Hi , Hello , Assalamualaikum. Welcome To My Official Blog . Enjoy reading here

Tips Untuk Peperiksaan

1. Lakukan solat Hajat - seisi keluarga


2. Lakukan solat Dhuha juga


3. Berdoa ketika solat fardhu - terutama ketika sujud akhir


4. Elakkan dari memberi tekanan berlebihan untuk mengelakkan rasa panik

5. Lakukan latihan-latihan ringan sahaja untuk menyegarkan ingatan - bagi
    setiap soalan yang salah, tanya ibu bapa atau guru.

6. Pada hari peperiksaan, pergi dengan tenang, senyum dan penuh keyakinan
     yang kita telah membuat persediaan sebaiknya - ibubapa TIDAK perlu
    menunggu ketika peperiksaan kecuali jika dipinta oleh anak (walaupun ini jarang                                         

    berlaku).

7. Selepas peperiksaan, tak perlu risau berlebihan untuk mengetahui
     jawapan yang betul atau salah. fokuskan kepada subjek yang seterusnya
     dengan latihan ringan dan bertanya/berbincang dengan ibubapa/rakan/guru.

8. Ibubapa BOLEH berusaha membantu secara langsung - baca surah Yaasin
    ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan. 

9. Ingatkan kepada anak-anak agar yakin dengan kebolehan sendiri. Beikan
    kata-kata semangat yang penuh kasih-sayang. Elakkan dari berleter dan
    mengkritik kerana ini boleh mengganggu emosi mereka.

10. Buat azam untuk bermula dengan awal bagi anak-anak yang lain yang
      bakal menduduki peperiksaan.

AKHIR SEKALI, SELAMAT BERJAYA KEPADA ANAK-ANAK DAN IBU BAPA JUGA!