Hi , Hello , Assalamualaikum. Welcome To My Official Blog . Enjoy reading here

Koleksi Hadis


  1. Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”. (HR Muslim)
  2. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai wanita muslimah, janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
  3. Dari Anas bin Mali r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (Riwayat Muslim)
  4. Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”. (Riwayat Muslim)
  5. Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Muslim)
  6. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (Bukhari)
  7. Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)." (Riwayat Bukhari)
  8. "Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Islam itu didirikan atas lima (perkara) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
  9. Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.” (Riwayat Muslim)
  10. Daripada Abu Musa (Abdullah bin Qais) al-Asha`ri RA katanya : "Rasulullah SAW ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana keberanian kerana panas hati, dan kerana riya’. Maka yang mana satukah di antara semua itu berperang kerana Allah? Jawab Rasulullah SAW : Sesiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dialah orang yang berperang pada jalan Allah."
  11. Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya: “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”. (Riwayat Bukhari)